Wednesday, June 15, 2011

Dugaan Dari Allah






Inilah yang dinamakan ketentuan dari ilahi. Pada bulan April yang lepas, anak sulong aku Abg Mikhail Rasool(Mika) telah di admit ke Hospital Umum Kuching. Dia terpaksa menjalani pembedahan kecil di bahagian dagunya bagi membuang nanah yang telah menyebabkan bengkak besar yang telah dikenalpasti hampir menutup saluran pernafasannya. Nasib baik aku sempat menghantar tepat pada waktunya, kerana menurut doktor sekiranya aku lambat bertindak, maka risiko sesuatu yang amat buruk berlaku adalah amat tinggi kerana bengkak tersebut boleh menyebabkan saluran pernafasannya tertutup.
Begitu rupanya ayah kita menjaga kita ketika masih kecil. Seekor nyamuk pun tak dapat mendekati kita. Ketika sepanjang satu minggu aku menjaga anak aku di hospital, hanya satu sahaja yang aku pinta... 'Selamatkanlah Anakku Ya Allah'. Permintaan ku akhirnya Allah Kabulkan. Syukur Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment