Sunday, June 26, 2011
Selepas 6 hari, akhirnya benih cili mengeluarkan tunasnya. Lega rasanya... Mmg betul kata org, penantian itu satu penyeksaan. hari2 kena sembur ngan air n ubat ckit, supaya tanah sentiasa lembab. pengudaraan jugak penting, sbb ianya adalah salah satu faktor utk tumbuhan membesar. tunggulah beberapa hari lagi....
Thursday, June 23, 2011
Ini lah dia awalan projek aku... jangan ketawa... mana tahu dgn ketawa ngkorang tu aku boleh jadi kaya. Ini aku namakan Projek Cili Fertigasi Low Cost... harap2 lah. Baja dia aku senang dpt, sbb aku tanam sawit gak. Kena tengok dia punye NPK lah. At least dapat cover baja sawit aku, pun jadi lah.
Media dia aku pakai tanah kuning kat ladang aku n then aku campurkan dengan bekas2 abu rumput yang telah di bakar, sbb tu lah nampak hitam ckit. Penanaman bermula pukul 7 ptg 20 Jun 2011. Gambar ni aku ambik pada 23 Jun 2011(lbh kurang 3 hari dah berlalu). Dan aku ttp sabar menunggu tunas nya tibaaaa...
Cili Fertigasi
My new project. Aku pun baru nak mula menceburi bidang ni... x pernah aku terfikir. 2 minggu yang lepas aku cuba search di google ttg tanaman yg mudah di tanam dan memberi pulangan yang cepat. Lbh kurang seminggu aku kaji dan kaji dan kaji. Akhirnya aku ambik keputusan untuk buat percubaan pertama. Dare to fail... tp harap2 tak fail lah.
kalau di fikir secara logik ttg cili ni... cili hampir terdapat dalam semua jenis masakan berbanding cili 'gronong' yg super pedas dan cili2 yg lain. kalau order di kedai makan di Sematan ni pun, mesti ada cili yang di tabur kat atas makanan, terpulang lh kepada si pemakan nak makan atau jadi hiasan semata-mata. Tapi kalau korang nak tahu, aku ni tak suka makan cili.... pedasss. tapi x salah kalau tanam rasanya. Untung, sebab hasil yang aku bakal dapat nanti semuanya aku boleh jual.
My first mission adalah menanam 200 pokok cili yang menggunakan kaedah yang sama dengan fertigasi. Tapi aku ubah ckit demi utk mengurangkan kos n modal. Kalau ikutkan kaedah yang sebenar, beribu jugak yang kena keluar wooooo... My target, aku pegi melancong hujong tahun ni dgn duit cilis aku.
Disini aku sertakan jugak gambar idola2 aku dalam penanaman cili ni.... gambar2 yg menaikkan semangat aku sebelum ni...
Wednesday, June 15, 2011
Dugaan Dari Allah
Inilah yang dinamakan ketentuan dari ilahi. Pada bulan April yang lepas, anak sulong aku Abg Mikhail Rasool(Mika) telah di admit ke Hospital Umum Kuching. Dia terpaksa menjalani pembedahan kecil di bahagian dagunya bagi membuang nanah yang telah menyebabkan bengkak besar yang telah dikenalpasti hampir menutup saluran pernafasannya. Nasib baik aku sempat menghantar tepat pada waktunya, kerana menurut doktor sekiranya aku lambat bertindak, maka risiko sesuatu yang amat buruk berlaku adalah amat tinggi kerana bengkak tersebut boleh menyebabkan saluran pernafasannya tertutup.
Begitu rupanya ayah kita menjaga kita ketika masih kecil. Seekor nyamuk pun tak dapat mendekati kita. Ketika sepanjang satu minggu aku menjaga anak aku di hospital, hanya satu sahaja yang aku pinta... 'Selamatkanlah Anakku Ya Allah'. Permintaan ku akhirnya Allah Kabulkan. Syukur Alhamdulillah...
Peringkat Pembelian Benih Dan Penanaman Anak Pokok Kelapa Sawit
November 2010: Peringkat Awal Projek
Pokok Kelapa Sawit: Komodoti Sebutan Ramai
Tak sangka jugak akhirnya aku pun terlibat dalam bisnes macam ni. Bertuah dapat restu daripada big boss(bapa) dan bapak mertua yang banyak pengalaman dalam bidang kelapa sawit.... 18 tahun pengalaman. Dalam masa yang sama, aku turut mengkaji kelebihan dan juga risiko penanaman sawit ni. Tambahan pula, ramai kawan-kawan sekerja aku yang dah lama menceburi dalam bidang ini.
Langkah pertama yang aku buat adalah dengan membeli sebidang tanah seluas 5 hektar (12.5 ekar). kalau ikut perkiraan, pokok sawit yang boleh ditanam adalah sebanyak 660 pokok(1 ekar x 55 pokok). Kira beruntung jugaklah dapat beli tanah ni sebab berdekatan dengan sungai dan paling best, ada pokok durian, 4 batang semuanya.Tujuan utama aku menceburi bidang ni adalah untuk mencari extra money dan juga tempat untuk family beriadah pada hujong minggu. harga barang pun dah naik sekarang, tapi lepas ni boleh la senyum kalau harga minyak naik sebab sudah pastinya harga komoditi sawit pun NAIK jugak...
Subscribe to:
Posts (Atom)