Tuesday, September 6, 2011

ni lah dia pembakar semangat aku.
takde keja, ambil gambar ngan mikhail
masih dalam proses eksperimen

aku tanam kat depan flat aje. ada lbh kurang 200 lebih anak pokok yang ditanam.
Bawah pokok asam... kasi redup sikit.



Guni yang aku dpt free di ladang sawit.
Yang berwarna putih tu adalah guni baja yang di gunting melebar dan dibuat lubang di tengahnya.


Proses memindahkan anak pokok ke batas (tanah topsoil)

Sunday, August 14, 2011

Monday, July 11, 2011

Yess... musim durian dah tiba... itu bermaksud, pokok durian aku dah berbuah. x lama lagi merasa lah aku durian yang ditanam di ladang. daripada 5 pokok, ada 3 batang pokok yg dah nampak buahnya, tapi masih kecil. durian kat sine kena di jengok selalu, kalau kita lambat kutip, nanti orang lain yang kutip dan makan... nangka pun dah berbuah... gambar yang kamu tengok ni adalah anak-anak murid aku yang suka ikut aku ke ladang.
Tengah layan buah nangka masak yang baru jatuh. diaorg ni kadangkala aku bagi wang saku untuk diaorg belanja sekolah. Tapi dari mula mmg aku terus terang kat diaorg yg aku x dpt bg duit byk, n aku pun x paksa diaorg utk ikut aku. tp drp respons yang aku dpt drp diaorg, mereka suka ikut aku sbb ada pokok buah dan juga dpt mandi d air sungai yang sejuk. sekarang ni pun dah nak mula musim panas. parents diaorg pun suka, drp diaorg melepak di kampung x tentu pasal.





Usaha Tangga Kejayaan

Dah genap 3 minggu berlalu. Akhirnya penantian ku berbaloi.... keluar daun jugak pokok cili aku. Tapi yang aku heran, apsal byk yg patah batangnya. so utk next experiment, aku berik lebih air kat tanah, bagi dia lembab ckit... mungkin kering kot. so untuk elak drp patah, aku bagi pancang guna lidi untuk elak pokok drp patah. Perjalanan masih jauh lagi...





Sunday, June 26, 2011





Selepas 6 hari, akhirnya benih cili mengeluarkan tunasnya. Lega rasanya... Mmg betul kata org, penantian itu satu penyeksaan. hari2 kena sembur ngan air n ubat ckit, supaya tanah sentiasa lembab. pengudaraan jugak penting, sbb ianya adalah salah satu faktor utk tumbuhan membesar. tunggulah beberapa hari lagi....

Thursday, June 23, 2011

Ini lah dia awalan projek aku... jangan ketawa... mana tahu dgn ketawa ngkorang tu aku boleh jadi kaya. Ini aku namakan Projek Cili Fertigasi Low Cost... harap2 lah. Baja dia aku senang dpt, sbb aku tanam sawit gak. Kena tengok dia punye NPK lah. At least dapat cover baja sawit aku, pun jadi lah.
Media dia aku pakai tanah kuning kat ladang aku n then aku campurkan dengan bekas2 abu rumput yang telah di bakar, sbb tu lah nampak hitam ckit. Penanaman bermula pukul 7 ptg 20 Jun 2011. Gambar ni aku ambik pada 23 Jun 2011(lbh kurang 3 hari dah berlalu). Dan aku ttp sabar menunggu tunas nya tibaaaa...



Cili Fertigasi











My new project. Aku pun baru nak mula menceburi bidang ni... x pernah aku terfikir. 2 minggu yang lepas aku cuba search di google ttg tanaman yg mudah di tanam dan memberi pulangan yang cepat. Lbh kurang seminggu aku kaji dan kaji dan kaji. Akhirnya aku ambik keputusan untuk buat percubaan pertama. Dare to fail... tp harap2 tak fail lah.
kalau di fikir secara logik ttg cili ni... cili hampir terdapat dalam semua jenis masakan berbanding cili 'gronong' yg super pedas dan cili2 yg lain. kalau order di kedai makan di Sematan ni pun, mesti ada cili yang di tabur kat atas makanan, terpulang lh kepada si pemakan nak makan atau jadi hiasan semata-mata. Tapi kalau korang nak tahu, aku ni tak suka makan cili.... pedasss. tapi x salah kalau tanam rasanya. Untung, sebab hasil yang aku bakal dapat nanti semuanya aku boleh jual.
My first mission adalah menanam 200 pokok cili yang menggunakan kaedah yang sama dengan fertigasi. Tapi aku ubah ckit demi utk mengurangkan kos n modal. Kalau ikutkan kaedah yang sebenar, beribu jugak yang kena keluar wooooo... My target, aku pegi melancong hujong tahun ni dgn duit cilis aku.
Disini aku sertakan jugak gambar idola2 aku dalam penanaman cili ni.... gambar2 yg menaikkan semangat aku sebelum ni...